Friday, October 29, 2010

Flash Drive Problem - Semua jadi Shortcut atau File hilang

Bulan ni sahaja, FS ada menerima dua kes yang macam ni.. Flash Drive guru yang terkena virus dan semua file menjadi shortcut ataupun Flashdrive tersebut seperti kosong sahaja isinya.. Sebenarnya Flash Drive ini telahpun terkena virus dan kadangkala Attributes bagi flash drive tersebut telah diubah membuatkannya tidak dapat dibaca..
Kadangkala Anti Virus seperti Kaspersky juga tidak dapat membetulkan masalah tersebut kerana ia tidak dikategorikan sebagai virus. Oleh yang demikian, FS akan memberi tips bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut..
Anda terpaksa juga mengikut langkah-langkah di bawah secara manual:

Dalam Windows XP: (check dulu di dalam My Computer apakah Drive letter bagi Flash Drive anda sama ada F, G atau H)
  1. Klik Start >> Run  (atau tekan butang Windows+R)
  2. Taipkan CMD Klik ok>>
  3. Taipkan attrib -h -r -s /s /d g:\*.*  (kita anggapkan g ialah Drive letter utk Flash Drive anda) kemudian tekan Enter>>
  4. Tunggu hingga selesai. Cuba buka semula Flash Drive anda.
  5. Sekiranya berjaya, langkah yang seeloknya ialah transferkan semua file ke dalam Hard Disk, Reformat Flash Drive anda tadi dan Flash Drive tersebut boleh berfungsi seperti biasa semula..
Sila hubungi FS sekiranya terdapat sebarang persoalan.
TQ....  :)

Thursday, October 28, 2010

Tips Photoshop: Photo Effect

Assalamualaikum! dan Salam Satu Malaysia! untuk pembaca blog semua..
Seperti yang telah dijanjikan… FS akan memberi guideline untuk membuat effek Photoshop yang kita pelajari di dalam kelas kita yang lepas..
Bagi sesiapa yang ketinggalan bolehlah mengikut cara-cara terperinci, langkah demi langkah yang akan FS terangkan seperti di bawah..  J
1.       Efek Mimpi (dream effect) : Tahap Kesusahan:  «

Efek ini selalu di buat oleh juru gambar professional.. Syarat: kalau boleh gambar yang berlatar belakangkan taman bunga-bungaan.
1.       Load gambar di dalam Photoshop (tekan butang File>Open atau double-click pada kawasan kelabu)
2.       Duplicate layer (tekan butang Layer>Duplicate atau Ctrl+J)
3.  Gaussian Blur (tekan butang Filter>Blur>Gaussian Blur)

            4.       Setkan Radius sebanyak 10 pixels (boleh juga nak ubah nilai lain..)


             5.       Setkan Layer Blending Mode dari Normal kepada Screen.


6.       Siap  Sekiranya langkah-langkah di atas dibuat dengan betul, anda akan mendapat hasil seperti ini:


Kacak sik..? tok la Efek Mimpi.. :)
Untuk Efek seterusnya akan diterangkan pada post yang akan datang.... Stay tuned...

Wednesday, October 27, 2010

Just for your info: Bliss Wallpaper Image

Salam semua..
Adakah anda tahu yang wallpaper Windows XP yang di 'set'kan secara default tu... adalah gambar sebenar yang diambil oleh Jurugambar Professional National Geographic, Chuck O’Rear secara tidak sengaja sewaktu beliau melalui kawasan Highway 121, di California’s Sonoma Valley.

..dan yang bestnya beliau kini adalah antara jurugambar professional yang menerima bayaran paling tinggi dan gambar tersebut digunakan oleh berbillion pengguna Windows XP di seluruh dunia..

sila lihat gambar di bawah (pada masa yang lain & sebelum di edit....) macam pernah lihat kan kan kannn...?


Gambar di waktu yang berbeza.. :)
Kesimpulannya... rajin-rajin la amik gambar ye... mane tau Microsoft nak amik untuk jadi wallpaper Windows 8, 9 atau 10 nanti..senang-senang je jadi jutawan..hehe  :)

Tq..

Karnival Jalur Lebar Malaysia

Salam warga SKAAR semua....!!
Karnival Jalur Lebar Malaysia akan diadakan pada hujung minggu ini iaitu pada 30 & 31 Oktober 2010, di Padang Merdeka Kuching , Sarawak...
FS dah tentu akan turun Kuching minggu ni.. hehe.. :)
Banyak betul aktivitinya.. Jom kita beramai-ramai..
ke Kuching.!!
  Semua di jemput hadir k.. :)

Friday, October 22, 2010

Foto Kelas IT SKAAR semalam.. :)

Foto-foto semasa Kelas IT sedang dijalankan...  :) FS berharap selepas ni
lebih ramai lagi yang dapat hadir... tq..
Sila klik untuk gambar yang lebih besar dan jelas...!!!
  

Laporan Kelas IT Khamis 21 Oktober 2010

Assalamualikum dan Salam Satu Malaysia kepada semua... Terlebih dahulu FS nak mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada kelas Photoshop yang kita adakan semalam.. Teruja jugak FS melihat ramai yang dapat hadir (dalam 20 orang) termasuklah GB sekolah kita... :)
Tahniah di ucapkan kepada semua...

Jadi kita review balik apa yang telah dibuat semalam... (kepada yang tak hadir semalam bolehlah lihat di sini k...)

1. Efek Mimpi (Dream Effect) - khas utk gambar di taman bunga.. :) selalu jurugambar professional buat effect ni..kerana ianya mudah dan cantik..  :)

sebelum...

dah jadi..  :)
2. Efek Warna Pilihan (Selected Color Effect) Efek ni biasa juga dibuat oleh jurugambar professional, sbg contoh, foto pengantin memegang bunga.. hanya warna bunga diambil selebihnya di warnakan hitam putih untuk kesan yang lebih dramatis..hehe ini contoh menggunakan foto FS dan isteri..

Sebelum

Dah siap...  :)
3. Efek Frame. Selalunya untuk gambar keluarga, tetapi sesuai juga untuk gambar lain.

sebelum...  anak sape la ni.. hehe
inilah hasilnya.. ok..tak semestinya hasilnya sama..
cubalah anda gunakan brush yang berbeza..  :)
Efek-efek yang tak sempat kita buat semalam adalah seperti di bawah ini...

Sephia Frame Effect

The Rainbow Effect  mcm kenal jak tempat tok, nak..?
 Efek di atas kita akan sambung di klas yang akan datang k..

Bagi sesiapa yang ketinggalan kelas semalam, FS akan buatkan juga tutorialnye di dalam blog ni bagi rujukan semua...untuk post yang selepas ni lah ye.. sesiapa yang nak tengak cepat lagi...Ustaz Ridzwan kita ade juga buat tutorial versi beliau (tahniah diucapkan...) boleh la pergi ke laman blognya: DwanRahim Blogspot.

Sekian...Terima kasih

Tuesday, October 19, 2010

Pengumuman Kelas IT (Khamis 21 Oktober 2010)

Pengumuman! Pengumuman! Pengumuman!!!

Kelas IT mingguan kita pada hari Rabu kini ditunda pada hari KHAMIS jam 3.00 petang dengan tajuk Photoshop: Photo Editing.  Jangan ketinggalan ya... Kita akan bersama-sama belajar membuat efek pada foto yang kita ada. Hasil dari kelas ini kita akan letakkan pada blog masing-masing nanti.. Sekian... Terima kasih.





Thursday, October 14, 2010

Facebook VS Blogspot

Ada yang bertanya semasa kelas semalam.. Apa beza Facebook dgn Blog ni..? mmm...  ada tak beza..? kalau takde buat pe kita nak buat blog ye tak..? hehe.. :) Jawapannya:
  • Facebook adalah termasuk dalam kategori Laman Sosial (Social Networking Site) manakala Blogspot termasuk dalam kategori Laman Web.
  • Walaupun kedua-dua nya merupakan site yang interaktif, Laman Blog adalah lebih meluas audience nya kerana setiap post yang kita buat akan disenaraikan di dalam Enjin Pencari seperti Google sendiri.
  • Walaubagaimanapun, ini menjadikan Laman Blog lebih bersifat terbuka dan dapat menerima komen dari semua pengunjung. Kini, Blogger.com juga mempunyai option untuk menjadikan blog kita private dan boleh di akses oleh orang tertentu sahaja.. :)
  • Facebook mempunyai 'Wall' dan berita-berita terkininya bersifat 'WYSIWYG' (what you see is what you get) manakala post yang dilakukan di blog akan di arkib dengan teratur dan masih mudah untuk dicari walaupun pada masa yang akan datang.
  • Oleh kerana ciri-cirinya yang seperti jurnal, ramai yang menggunakan blog seperti diari supaya dapat menyimpan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam hidup mereka seharian.
  • Ciri-ciri arkib ini juga membuatkan Laman Blog lebih sesuai digunakan oleh para guru kerana kebolehannya untuk menyediakan link seperti untuk download kertas soalan, latihan, powerpoint, video, lagu dan sebagainya dan ia secara automatik akan di arkib bagi memudahkan pengguna (murid) untuk mencarinya.
  • Blog juga sesuai digunakan bagi tujuan perniagaan secara online. Blogspot sendiri menyediakan beberapa program seperti Adsense yang boleh menambahkan pendapatan kepada blogger. (tuan punye blog) Ada juga pengguna yang menggunakan Facebook untuk perniagaan tetapi audience hanyalah kepada kawan yang di dalam list kita sahaja.
  • Di Universiti juga kini telah banyak pensyarah yang menggunakan blog sebagai medium pengantaraan dengan pelajar di mana assignment hanya di buat di laman blog sendiri, dan hanya perlu memberi link alamat blog masing2 sahaja kepada pensyarah..
Jadi itulah perbezaannya antara Facebook dan Blogspot..fikir-fikirkan lah ye..

Sekian.. Salam Satu Malaysia..  :)   dari FS

Laporan Kelas IT, 13 Oktober 2010 :)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..
Terima kasih kepada warga SKAAR yang menghadiri kelas Pembinaan Laman Blog semalam. Sampai ada yang tak sedar dah pukul 5 ptg dok tekun ngolah blog masing-masing. hehe..  :) Walaupun line internet kekadang mempunyai masalah.. tahniah kepada semua..


 Perintis Blogger SKAAR :)

Ketekunan tahap maksimum nih.. :)
Tahniah juga kepada semua yang telahpun berjaya membina Laman Blog sendiri.. dan seperti yang saya pesan semalam..
  • Jangan lupa untuk hantar komen pada blog saya ini dan memberitahu alamat Blog yang dihasilkan semalam ok..!
  • Jangan lupa untuk jadikan Laman Blog anda tu bukan sahaja untuk memberi info atau berita tetapi anggaplah juga ia sebagai buku nota anda setiap kali kelas IT dibuat setiap minggu. Dengan cara ini anda akan mempunyai Laman Blog yang aktif dan Interaktif.. :)  :-)
Jadi..apa yang tak sempat dibuat semalam ialah cara-cara menukar tema layout selain daripada yang telah disediakan secara 'default' oleh Website Blogger. Caranya begini, saya telahpun downloadkan banyak template yang cantik-cantik dan telah disimpan dalam Server Data kita.. So:
  • Klik >> My Network Places >>Serverdata>>Fail kongsi ramai-ramai>>BloggerTemplate
  • di dalam nya ada banyak template untuk Blogspot.
  • Log in akaun Blogger anda di http://www.blogger.com/
  • Tekan tab Design>>Edit HTML>>
  • kemudian ada option 'upload file on your hard drive' pilih la template yang anda suka..
  • Pastikan anda pilih satu sahaja fail dari jenis XML document.. ok!
  • tekan >>Preview
Sekiranya masih tidak berapa faham boleh berjumpa dengan FS di makmal komputer pada bila-bila masa k. Untuk Menyusun layout dan juga menambah gadget juga boleh bertanya terus kepada saya.
Pagi tadi, seorang lagi guru, cikgu Halimah telah datang dan belajar membuat blog.. tahniah juga di ucapkan kepadanya.. :)
Semalam juga, soalan yang baik dari Cikgu Su..
  • Apakah beza Blog dan Facebook??
Jawapannya saya akan terangkan dalam post selepas ini bagi panduan semua... Untuk warga SKAAR yang terlepas peluang kelas semalam dan ingin juga membina Laman Blog sendiri boleh juga berjumpa saya bila-bila masa di Makmal Komputer.

Rajin-rajinlah menjenguk blog saya ini setiap masa kerana banyak info yang saya akan salurkan kepada anda dan kalau boleh komen lah sikit ye...!! :)

Monday, October 11, 2010

Pengumuman Kelas IT: Rabu - 13 Oktober 2010 - 3 petang

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia kepada warga SKAAR...
Di sini FS ingin memberitahu yang Kelas IT Mingguan pada hari Rabu jam 3.00 petang akan berjalan seperti biasa dan tajuknya Pembinaan Laman Blog!! 

Objektif:

  • Pendaftaran Blogspot
  • Memilih Layout (Pengenalan kepada Blogspot Layout Editor)
  • Posting
  • Meletakkan gambar
  • Bonus : Penambahan Gadget 
Adakah anda mahukan laman blog seperti ini?
Diharap semua dapat hadir beramai-ramai memeriahkan majlis. Sekian, terima kasih.

FS di ujung minggu....

Minggu ni sepatutnya plan nak mengail di Kabung, tapi disebabkan stok baju banyak yg tak basuh lagi...terpaksa lah FS stay di Saratok ni.. So..bosan2 pegilah juga ke lab komputer utk online dan prepare module sikit.

Scanner dari stor, di dapati ade part yang patah di dalamnya.
Satu lagi masih ok!
Ni lah rupenye FS sdg cube merepairkan scanner. akhirnye satu je bole pakai. satu lagi ader part yang patah kat dalam...boleh juga kalau nak buat, tapi kene ade drill.. (jadik McGyver ckit.. hehe) tapi satu scanner je cukup la..at least boleh digunakan memandangkan sekarang tak ramai nak guna scanner..

dah siap tu FS terase terlebih rajin pulak utk repair komputer yang di belakang tu...

Tukar Hard Disk & Reformat
Networking
Siap!!! Up & Running!! :)
Akhirnya... keseluruhan PC sebanyak 30 biji dari depan ke belakang boleh digunakan semula... lepas ni nak betulkan IP adress semua PC balik dan buat network file sharing & printer sharing.. barulah best...!! hehe

Barulah best macam ni kan... semua dah boleh pakai.. 
Line Schoolnet pun dah agak lancar sekarang... Jadi guru2.. murid2...jgn lepaskan peluang utk dtg ke makmal komputer dan gunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya k... Kelas hari rabu ni berjalan seperti biasa dgn tajuk Pembinaan Laman Blog. Salam Satu Malaysia dari FS..  :)

Sunday, October 10, 2010

Notis Pertukaran Alternate DNS untuk Schoolnet di SKAAR.

Salam Satu Malaysia!!

Sori kerana lama dah tak update blog ni... maklum lah, sibuk dgn persediaan raya hari tu... jadi semua dah kembali normal dan kerja resume seperti biasa..

Jadi masalah yang lama mengenai 'ketakstabilan' line shoolnet menjadi semakin parah sejak akhir-akhir ini. Akhirnya minggu lepas pada 5 Oktober 2010.. saya telah mendapat emel dari pihak GITN supaya memaklumkan tentang pertukaran Alternate DNS untuk sekolah berteknologi  ADSL. (Sekolah kamek lah tok..ok.. :) )

Jadi apa yang anda perlu tukarkan adalah seperti gambar di bawah..




Setelah ditukarkan kepada Alternate DNS yang baru, capaian internet Schoolnet akan menjadi lebih lancar dan cepat.
Tahniah juga kepada pihak KPM dan GITN kerana telah cuba untuk menyelesaikan masalah yang selalu di alami oleh pengguna Schoolnet.
Sekiranya ada guru-guru atau murid yang masih menghadapi masalah bolehlah berjumpa technician sekolah ataupun Fasilitator Schoolnet.