FS berterus terang je k, memula datang sini memang tak pernah dengar nama Saratok (Kamek mintak maap yo orang2 Saratok atas kejahilan kamek ..hehe) Info di Internet pun ade sikit jer.. Walaupun dinamakan Bandar Kecil Saratok.. sebenarnye Bandar ni boleh dikira sebagai penting juga untuk masyarakat yang tinggal di sekitarnya, di kampung2 ataupun di rumah-rumah panjang. Sebagai contoh, sewaktu nak menyambut raya hari tu.. ramai orang dari luar datang ke Saratok untuk membuat persiapan raya seperti ke Pasar Basah, shopping2 pakaian, keperluan rumah dan lain-lain.. dan ada juga yang datang melalui jalan sungai. sebab tu lah ade jeti di Bandar Saratok ni..
Untuk ke Saratok dari Kuching, kalau naik Motor
(kereta lah tu) mengambil masa 4 jam. dan anda pasti akan limpas
(melalui) persimpangan ke Bandar Sri Aman. Highway yang digunakan adalah highway yang sama untuk ke Sarikei, Bintulu, Miri, Limbang dan juga ke Brunei dan Kota Kinabalu.
(tapi jauh lagi la..) sila lihat peta di bawah.. :)
|
Peta Perjalanan ke Saratok (klik untuk gambar yang lebih besar) |
Kalau anda lihat betul-betul pada peta.. highway yang digunakan sebenarnya agak menyimpang dari tujuan kita. Ini adalah kerana bentuk rupa bumi di Sarawak ni yang penuh berbukit bukau.Tapi itulah punca sebenarnya perjalanan menjadi lebih kurang 4 jam. Sekiranya anda lihat anak panah yang warna pink tu.. kalaulah ade jalan highway pesisir pantai di buat..mungkin perjalanan ke Saratok hanya akan mengambil masa 2 jam.. betul tak..? cuma kene buat jambatan merentasi sungai Batang Lupar tu.. :)
Tapi..bila saya sebut highway di sini..jangan pula bayangkan macam yang di semenanjung ye.. sini takde tol..dan jalan kebanyakkannya 2 hala kecuali ada tempat yang disediakan untuk memotong kenderaan2 berat.. sentiasa berhati-hati di jalan raya k. Semua tempat pun sama.. :)
|
Macam ni lah rupe Highwaynya.. jgn drive laju sgt k..! |
|
Kawasan Rehat Sri Aman |
|
Persimpangan Sri Aman di sanaaa.. (pandangan dari kawasan rehat) |
Jadi..itulah serba sedikit tentang Saratok.. Untuk pemandangan di Saratok saya akan mendedikasikan satu page lagi
(hehe) untuk galeri gambar pemandangan di bandar ini. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.