Monday, November 15, 2010

Balik Semenanjung...?

Ari tu YB datang Saratok...naik Heli...

so FS pun membuangkan sedikit rase malu dan bergambar di Heli milik Kerajaan Negeri Sarawak...  :)

Dapat sebijik ni...senang nak balik Kuching... :)
Sama-samalah kita berdoa supaya satu hari nanti saya pun jadi YB!! :)

Saturday, November 6, 2010

Majlis Khatam Al-Quran (30 Oktober 2010)

Pada pagi Sabtu minggu lalu, Majlis Khatam Al-Quran untuk murid-murid tahun 6 SKAAR telah diadakan di Masjid Besar Saratok. Suasana meriah mula terasa seawal jam 7 pagi. Majlis kali ini di serikan juga dengan kehadiran YB.
Kehadiran para pelajar Khatam Al-Quran

Disambut oleh YB dan Guru Besar

Suasana hening di pagi Sabtu

Thursday, November 4, 2010

Pengumuman Kelas IT (Khamis, 4 November 2010)

Kepada warga SKAAR semua.. Kelas IT akan dibuat di Makmal Komputer pada jam 3 petang. Kelas ini adalah sambungan kelas Photoshop yang telah di buat dua minggu lalu. Walaubagaimanapun bagi sesiapa yang ingin turut serta adalah dialu-alukan..

Tuesday, November 2, 2010

Laporan: Karnival Jalur Lebar, Padang Merdeka, Kuching 30-31 Oktober 2010

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Seperti yang telah FS postkan tempoh hari, Karnival Jalur Lebar telahpun selamat diadakan minggu lalu di Padang Merdeka, Kuching. Disebabkan di  SKAAR ade aktiviti Khatam Al-Quran pada sebelah pagi, FS terpakse gerak drive dari Saratok pukul 10 pagi dan sampai di Kuching jam 2 ptg. Ingat nak terus ke Karnival tapi mcm penat lak... So pergilah hari Ahad pagi..

Suasana memang meriah.. ada banyak juga promosi menarik.. :)
Kelihatan En. Daneal (Fasilitator SKMM Kuching) sedang memberi
penerangan kepada sekumpulan pelajar .. :)
Untuk tujuan Promosi sahaja.. bukan untuk dijual..hehe  :)

Ade Cosplay juga..?  dari kiri, pelawat, Jedi, Naruto, tak kenal dan
pelawat.. hehe :)

Laman Blog JKKK Hj Baki, Kuching..

Di sini FS ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada JKKK Kg. Hj. Baki, Kuching kerana telah berjaya membina Laman Blog mereka sendiri  dan menjadi antara JKKK Kampung yang pertama di Sarawak yang mempunyai Laman Blog. Pada Sabtu lepas, Setiausaha JKKK Kg. Hj. Baki, En. Bohari telah datang ke rumah pak mertua kamek kerana ingin meminta tolong FS membina laman Web mereka. Akhirnya Blog JKKK tersebut telah berjaya disiapkan cuma ada beberapa penambahan seperti borang e-aduan akan dibuat pada masa selanjutnya. Untuk warga SKAAR  dan pembaca blog semua boleh melawati Laman blog berkenaan dengan klik Gambar di bawah.

Sila Klik Gambar untuk ke Laman Blog JKKK Hj Baki