Thursday, December 16, 2010

Pelancaran Laman Web Interaktif S.K. Abang Abdul Rahman, Saratok!! :)

Akhirnya dilancarkan, Disember 2010, Laman yang mempunyai
rekabentuk yang simple tetapi functional.. :)

Salam semua... :)  Wah dah agak lama juga ye tak diupdate blog ni...hampir sebulan dari post yang terakhir...agak nostalgia juga rasenye...hehe..(jiwang lak sekejap...)

Bukan ape..ini adalah kerana sempena cuti sekolah yang agak panjang ni...memang tak ramai yang masih bekerja di sekolah.. masing-masing mengambil cuti yang panjang... cuma FS sahaja yang tidak dibenarkan cuti..isk..isk.. tapi sik do hal, sempena bulan terakhir kamek berada di Saratok..memang ingin meluangkan masa disitok..
banyak lagi tempat yang belum dijelajah...lagipun minggu ni ada Pesta Air di Saratok....3 hari 3 malam berpesta... memang teruja nak tgk ni..

Dari segi kerja pula... keadaan yang aman, sunyi, dan internet yang laju sekarang ni.. memudahkan FS untuk tumpukan perhatian kepada pembinaan laman web sekolah.... Akhirnya, antara sekolah yang paling lama di Saratok, 1934 kalau tak silap FS akan mempunyai laman web sendiri dan FS berasa bertuah menjadi orang yang bertanggungjawab dalam pembinaannya. Sebenarnya, walaupun mengambil sedikit masa untuk disiapkan, tetapi sebenarnya banyak perkara yang telah difikirkan oleh FS dengan secara mendalam. Laman web ini harus lah functional... bukan sekadar melepaskan batuk ditangga...(kata orang tua2..) Tujuan dan matlamat FS ialah supaya laman ini aktif digunakan oleh guru-guru dan digunakan untuk berinteraksi antara masyarakat setempat dan pihak sekolah. Alamatnya adalah di: www.skaar.zymichost.com

Antara features yang ada ialah:

  • Kalendar Takwim Sekolah - yang mudah untuk semua guru menggunakannya, bukan hanya untuk site admin.. :)
  • Galeri Foto yang boleh disumbangkan oleh semua warga SKAAR.. :)
  • Facebook Like button untuk share post yang menarik terus ke Facebook masing-masing.
  • Kemudahan Print post yang mudah dan jimat ink... , mudah untuk print notis, kalendar dan sebagainya.
  • Countdown Display, untuk pengiraan jangkamasa ke sesuatu tarikh, pengiraan hari ke peperiksaan UPSR 2011 sebagai contoh, supaya semua lebih alert.
  • Statistik warga SKAAR terkini.
  • Soalan undian kepada pengunjung, merupakan cara untuk mendapatkan feedback dengan pantas, dan boleh diubah soalannya pada bila-bila masa. dan sentiasa direkod.
  • Ruang iklan yang boleh mendapatkan pendapatan tambahan untuk pihak sekolah. (dah ade 2 permintaan iklan.. :)  )
  • Link ke laman-laman web yang penting
  • Link ke akhbar-akhbar harian
  • Visitor Counter, untuk mengetahui jumlah pelawat semasa..
  • Photo optimizer.. Setiap Foto yang diletakkan di laman web ini akan diperbesarkan apabila di klik dengan efek yang menarik....cuba lah..!! :) 
  • Peta dan Informasi Saratok
  • Borang cadangan Online...kini ibu bapa tak perlu direct ke sekolah sekiranya ingin menanyakan sesuatu...cukup dengan mengisi borang cadangan secara online. 
  • Buku pelawat..

mmm... banyakkan fungsinya..... ?

Pada pendapat FS.. penggunaan laman web ini akan menjadi salah satu medium yang efektif untuk masyarakat setempat berhubung dengan pihak sekolah. Lebih-lebih lagi, dengan adanya kemudahan Wi-Fi seluruh Saratok, di pusat IT, dan juga direstoran-restoran sekitar.

FS telah mengoptimasikan laman web tersebut supaya ia agak ringan dan boleh dikunjungi oleh ramai pengunjung pada satu-satu masa. Selain itu, banyak masa yang FS luangkan untuk melakukan kerja-kerja SEO bagi memastikan alamat web sekolah ini mendapat kedudukan yang tinggi di laman-laman pencari seperti Yahoo, google dan sebagainya.... Walaupun nampak macam simple.. sebenarnya banyak melalui proses testing, optimize dan sebagainya... Tetapi akhirnya, Alhamdulillah, Laman Web Sekolah telah berjaya disiapkan tepat pada masanya, dan apabila FS tiada lagi di Sekolah ini pada tahun depan, FS telah meninggalkan sesuatu yang berharga untuk pihak sekolah khususnya dan seluruh warga SKAAR dan penduduk Saratok amnya.

:)
Jangan terkeliru antara Wordpress.com dan Wordpress.org

Sekadar untuk pengetahuan, Laman Web ini dibina dengan menggunakan Word Press, mengandungi pelbagai custom plugin yang bersesuaian. Ramai yang masih tidak mengetahui dan berfikir bahawa blogspot dan Wordpress ini seakan-akan sama tetapi sebenarnya perbezaannya adalah terlalu jauh. Wordpress adalah satu sistem blog open source, dimana kebanyakkan featuresnya disumbangkan oleh ramai programmer secara percuma. (fikirkan seperti Linux OS)....walaupun bermula sebagai satu pelantar blog, ia telah berkembang dalam beberapa tahun terakhir ini sehingga evolve menjadi salah satu CMS (Content Management System) sistem pilihan ramai. Setanding dengan Joomla dan Drupal. Dan boleh digunakan sehingga membuat pelbagai jenis web site termasuk website e-commerce yang complicated.