About Armand..


Terlebih dahulu, terima kasih saya  ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog Salam Fasilitator. Sedikit mengenai latar belakang saya...

Nama penuh Arman bin Abd. Latip, lahir di Hospital Daerah Klang, Selangor pada 1 MEI 1977..(Ya, tiap-tiap tahun time bithday mesti cuti umum.. hehe  :)...).  Pendidikan:

  1. SRK RAJA MUDA, SEK 4. SHAH ALAM.
  2. SM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL  AZIZ SHAH, SHAH ALAM.
  3. SM TEKNIK KUALA LUMPUR, CHERAS 
  4. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
Selepas tamat pengajian pada tahun 2000, terus bekerja sebagai Pegawai Penyelidik di UTM selama setahun setengah. Kemudian menimba pengalaman di dalam 2 syarikat swasta hingga tahun 2006 yang skop kerjanya lebih kepada membuat Design Mold / Acuan dengan menggunakan software AutoCad dan ProEngineer.

Di atas minat mendalam dalam bidang IT (sejak kecil..) saya, bersama seorang rakan akhirnya telah membuka sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Shah Alam.

Kedai yang terletak di Seksyen 18, Shah Alam..... Comel je kan..??
Kenapa saya bertugas sebagai Fasilitator Schoolnet..?
Tugas sebagai Fasilitator Schoolnet memberi saya peluang untuk berkongsi pengalaman dengan guru-guru, murid-murid dan juga masyarakat setempat dengan tujuan untuk membudayakan IT. Selain itu...saya sememangnya seorang 'kaki jalan'  dan peluang untuk melihat tempat orang takkan saya lepaskan begitu saja, inikan pula sambil melakukan kerja yang memang kita minat... Dapat pula mengenali orang-orang di Saratok ni membuatkan kerja ni lebih special buat saya.. terima kasih pada semua.. :)

Selain minat komputer.. inilah satu lagi aktiviti yang saya minat sangat..hehe :) cuma.. ride safely ok..!
Kamek di Moto GP 2009.. tahun tok, sik dapat pegi :(

My wife pun mau beli sigik??? hehe

Itu la.. mak suruh hati2 di jalan raya.. kan dah jatuh.. hehe :)