Thursday, October 14, 2010

Facebook VS Blogspot

Ada yang bertanya semasa kelas semalam.. Apa beza Facebook dgn Blog ni..? mmm...  ada tak beza..? kalau takde buat pe kita nak buat blog ye tak..? hehe.. :) Jawapannya:
  • Facebook adalah termasuk dalam kategori Laman Sosial (Social Networking Site) manakala Blogspot termasuk dalam kategori Laman Web.
  • Walaupun kedua-dua nya merupakan site yang interaktif, Laman Blog adalah lebih meluas audience nya kerana setiap post yang kita buat akan disenaraikan di dalam Enjin Pencari seperti Google sendiri.
  • Walaubagaimanapun, ini menjadikan Laman Blog lebih bersifat terbuka dan dapat menerima komen dari semua pengunjung. Kini, Blogger.com juga mempunyai option untuk menjadikan blog kita private dan boleh di akses oleh orang tertentu sahaja.. :)
  • Facebook mempunyai 'Wall' dan berita-berita terkininya bersifat 'WYSIWYG' (what you see is what you get) manakala post yang dilakukan di blog akan di arkib dengan teratur dan masih mudah untuk dicari walaupun pada masa yang akan datang.
  • Oleh kerana ciri-cirinya yang seperti jurnal, ramai yang menggunakan blog seperti diari supaya dapat menyimpan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam hidup mereka seharian.
  • Ciri-ciri arkib ini juga membuatkan Laman Blog lebih sesuai digunakan oleh para guru kerana kebolehannya untuk menyediakan link seperti untuk download kertas soalan, latihan, powerpoint, video, lagu dan sebagainya dan ia secara automatik akan di arkib bagi memudahkan pengguna (murid) untuk mencarinya.
  • Blog juga sesuai digunakan bagi tujuan perniagaan secara online. Blogspot sendiri menyediakan beberapa program seperti Adsense yang boleh menambahkan pendapatan kepada blogger. (tuan punye blog) Ada juga pengguna yang menggunakan Facebook untuk perniagaan tetapi audience hanyalah kepada kawan yang di dalam list kita sahaja.
  • Di Universiti juga kini telah banyak pensyarah yang menggunakan blog sebagai medium pengantaraan dengan pelajar di mana assignment hanya di buat di laman blog sendiri, dan hanya perlu memberi link alamat blog masing2 sahaja kepada pensyarah..
Jadi itulah perbezaannya antara Facebook dan Blogspot..fikir-fikirkan lah ye..

Sekian.. Salam Satu Malaysia..  :)   dari FS

0 comments:

Post a Comment