Thursday, October 14, 2010

Laporan Kelas IT, 13 Oktober 2010 :)

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..
Terima kasih kepada warga SKAAR yang menghadiri kelas Pembinaan Laman Blog semalam. Sampai ada yang tak sedar dah pukul 5 ptg dok tekun ngolah blog masing-masing. hehe..  :) Walaupun line internet kekadang mempunyai masalah.. tahniah kepada semua..


 Perintis Blogger SKAAR :)

Ketekunan tahap maksimum nih.. :)
Tahniah juga kepada semua yang telahpun berjaya membina Laman Blog sendiri.. dan seperti yang saya pesan semalam..
  • Jangan lupa untuk hantar komen pada blog saya ini dan memberitahu alamat Blog yang dihasilkan semalam ok..!
  • Jangan lupa untuk jadikan Laman Blog anda tu bukan sahaja untuk memberi info atau berita tetapi anggaplah juga ia sebagai buku nota anda setiap kali kelas IT dibuat setiap minggu. Dengan cara ini anda akan mempunyai Laman Blog yang aktif dan Interaktif.. :)  :-)
Jadi..apa yang tak sempat dibuat semalam ialah cara-cara menukar tema layout selain daripada yang telah disediakan secara 'default' oleh Website Blogger. Caranya begini, saya telahpun downloadkan banyak template yang cantik-cantik dan telah disimpan dalam Server Data kita.. So:
  • Klik >> My Network Places >>Serverdata>>Fail kongsi ramai-ramai>>BloggerTemplate
  • di dalam nya ada banyak template untuk Blogspot.
  • Log in akaun Blogger anda di http://www.blogger.com/
  • Tekan tab Design>>Edit HTML>>
  • kemudian ada option 'upload file on your hard drive' pilih la template yang anda suka..
  • Pastikan anda pilih satu sahaja fail dari jenis XML document.. ok!
  • tekan >>Preview
Sekiranya masih tidak berapa faham boleh berjumpa dengan FS di makmal komputer pada bila-bila masa k. Untuk Menyusun layout dan juga menambah gadget juga boleh bertanya terus kepada saya.
Pagi tadi, seorang lagi guru, cikgu Halimah telah datang dan belajar membuat blog.. tahniah juga di ucapkan kepadanya.. :)
Semalam juga, soalan yang baik dari Cikgu Su..
  • Apakah beza Blog dan Facebook??
Jawapannya saya akan terangkan dalam post selepas ini bagi panduan semua... Untuk warga SKAAR yang terlepas peluang kelas semalam dan ingin juga membina Laman Blog sendiri boleh juga berjumpa saya bila-bila masa di Makmal Komputer.

Rajin-rajinlah menjenguk blog saya ini setiap masa kerana banyak info yang saya akan salurkan kepada anda dan kalau boleh komen lah sikit ye...!! :)

1 comments:

NorGG Idris said...

salam arman :)

1st time bukak blog ni. at least, selain dapat sharing info, kita dpt jugak menarik minat org lain mengenai ict. good job! :)

Post a Comment